Search This Blog

Monday, October 4, 2010

Our family ;)



isnin 4/10/2010 - hari pertama masuk kerja setelah cuti yg teramat lah lama...9/9/2010 sampai 29/9/2010..kira2 20 hari..cuti hari raya yg lama di Sabah, negeri di bwh bayu..aku balik kg tahun ni agak tragis sket coz kitorang dapat waran tiket separate flight.semuanya gara2 kesesakan flight yg hampir semua dah sold out..kira atas ikhsan kerani transit kat mindef tu dpt gak la kami waran ni..my hubby balik dulu dengan anak2 aku amirul n arif pada 1/9/2010 n waran aku on 9/9/2010..berpisah 8 hari dgn anak2 n hubby buat aku blur..aku ada sebanyak masa yg aku mau kan selama ni, tapi dlm masa yg sama aku tak tau apa yg aku nak buat..waktu mlm aku still x bleh tido..abes semua kerja dlm umah aku buat n sgt2 la janggal rasanya bila rumah tu sunyi dr suara aku, suara arif..:( sedih la..sunyi sgt...

Sepanjang masa kat Sabah pun agak seronok juga.maklumla kali terakhir sambut raya di Sabah pertama kali dulu 2007..lagi2 pulak family husband ku baik2 belaka..paling gembira dapat jumpa kakak ipar yg aku sayangi.tempat aku meluah rasa selama ni..aku tak ada buah tangan yg banyak untuk mereka, hanya kuih raya n baju baru..kalau aku ada lagi byk duit, lagi mcm2 aku nak belikan..aku ni x ada adik beradik, tapi aku tak kisah berkongsi dgn adik beradik suami aku yg ramai tu...inilah dikatakan takdir..rezeki yg melimpah ruah untuk aku (anak tunggal) diberi Allah untuk dikongsi bersama keluarga suamiku yg ramai dan agak susah..syukur alhamdulillah aku diberi peluang oleh Allah untuk merasa nikmat ada adik beradik...:)

Kehidupan di Sabah tidaklah semudah hidup kita di semenanjung..kg suamiku terletak di Kg Pangkalan Madai, Kunak..kehidupan disana agak berbeza...dari segi kemudahan, byk kekurangan..kesian orang2 disana..bila aku disana, keinsafan selalu menyelubungi aku..betapa mewahnya aku disini..makanan byk, byk pilihan..bekalan air bersih, air paip..pengangkutan..kg suamiku masih tiada bekalan air..kehidupan bergantung pd air hujan, sungai dan telaga..di Sabah pulak cuaca selalu panas n jarang hujan..bila disana, aku sering serba salah..kadang2 aku rasa dah terlebih guna air atau terbazir..bila di kampung, kami lebih byk makan makanan laut..ikan fresh..disana susah jumpa ayam atau daging..paling seronok waktu makan, sebab adik2 ramai dan semuanya sentiasa lapar..jadi apa jak yang dimasak atau dihidang mesti habis dimakan...:)dlm hatiku, kalau lah aku ada banyakkkkkk duit, macam2 lagi makanan aku nak belikan untuk mereka...

Melalui 2 kehidupan yang berbeza, yg dimiliki oleh aku dan suamiku, benar2 memberi erti dan penuh pengajaran..sebagai seorang ibu, aku mahu anak2ku melalui hidup yg mudah...tapi dlm masa yang sama aku mau anak2ku belajar erti kesusahan..menghargai semua yang ada didepan mata, menjadi manusia yang bersyukur dan tidak mudah lupa serta menerima apa jua cabaran dlm hidup mereka..persoalan yang muncul, bagaimana seseorang yang pernah hidup susah, kemudian mendapat kesenangan, terlalu mudah melupai masa lalu mereka..mereka berubah..pentingkan diri, sombong dan biadap.:(( realiti akhir zaman.

2 comments:

ali bukan setan said...

huhh..raya sakan ko 20 ari cuti...
tp mmg mencabar gak life kt kg laki ko tu...

darling said...

cabaran yg mmg mencabar beb..dlm zaman 2010 ni ada lagi tempat2 yg 'terlepas pandang'...kesian org2 sana..